Friday, September 29, 2006

Kereta Ais


Apa pendapat korang dengan kereta ni

Sebesar Zarah Sahaja

Di bawah ni ada cerita untuk kita berfikir sejenak...Semoga korang akan insaf dan sedar setelah mambaca cerita dibawah.

Asal usul Api di dunia

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar ZARAH dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar ZARAH itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar ZARAH yg terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
MOGA ada manafaat dari riwayat ini.
INSAFLAH......
wassalam.

Wednesday, September 27, 2006

Syaitan Menangis

Rahsia Syaitan

Sesekali syaitan juga akan menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya dan menangis kerananya,lebih-lebih lagi kalau ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Contohnya sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Hurairah r.a. dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, lalu dia sujud, syaitan segera beredar sambil menangis meratapi dirinya. Syaitan mengeluh: "Celaka betul aku ini, anak Adam disuruh sujud, lalu ia sujud, kerana itu ia mendapat syurga. Sedangkan aku, apabila disuruh sujud aku membangkang, kerana itu aku mendapat neraka."

"Di dalam al-Quran terdapat 15 ayat sajdah atau 15 belas tempat kita disunatkan bersujud ketika membacanya atau mendengarnya. Sujud ini dinamakan sujud tilawah.

Sunday, September 24, 2006

Sikat Rejoice



kabel elektrik pun kena disisir dengan sikat jugak.

Hari Pertama

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera...Ini kali pertama aku menaip lepas siapkan blog ni. Aku ni sebenarnya baru belajar buat blog itupun tak habis belajar lagi. Oklah dipendekkan cerita aku dah x de idea dah... x tau nak taip apa lagi. Jadi Salam Perkenalan drpd aku dan jumpa lagi...